Monthly Archives: June 2018

TINGGAL KENANGAN

Jarum jam tepat berada pada nombor empat petang. Aku senyum sendiri melihat ibu yang sedang memotong black forest cake yang dibuat malam tadi. “Ibu” aku memanggil.
“Ya, sayang” ibu tersenyum menjawab panggilanku.
“Kakak rindu ayahlah..”
Ibu ketawa kecil. “Kalau macam tu, kakak telefonlah ayah kesayangan kakak tu.. Cakap dengan dia kakak rinduuuu sangat”.
Aku senyum. Sebenarnya sudah beberapa hari aku mahu menyoal ibu soal ini. Tapi bila ada peluang, keberanianku bagai tidak mencukupi untuk memberi soalan cepu emas ini pada ibu. Baru sekarang aku terasa bagai ada keberanian kerana sikap ingin tahuku yang kini sudah memuncak.
“Kenapa ayah dengan ibu bercerai?”
Ibu ketawa. Respon yang langsung tidak aku jangka. “Jodoh tak panjang kakaaaaak”.
“Tahulah jodoh tak panjang ibu. Tapi takkan tak ada sebab kut” ujarku perlahan.
Ibu membawa kek padaku yang duduk di meja makan. Garfu dicapai dan ibu menyuapnya ke dalam mulut. “Kakak dah 23 tahun kan?”
Aku mengangguk. Pelik juga mengapa ibu menyoal begitu tapi aku diamkan diri saja. Tak mahu bersuara bimbang ibu membatalkan niat mahu bercerita. Iyalah, manalah aku tidak tertanya tanya sebab musababnya. Kerana ibu dan ayah masih lagi berhubung hingga sekarang!!! Sedangkan mereka bercerai sedari usiaku 3 tahun lagi.
“Kalau macam tu memang dah sampai masa untuk kakak tanya, dah dewasa”.

>tinggal.kenangantinggal.kenangantinggalkenangantinggal.kenangan/tinggal.kenangan<

Aku bangun dari duduk menenangkan ibu yang sudah banjir wajahnya. Tisu aku ambil dan air mataku aku kesat. Ibu aku pandang. Pantasan saja ibu tidak pernah bercerita tentang abangku seorang itu. Ibu cuma mengatakan aku ada seorang abang namun tidak pernah bercerita lebih dari itu.
"Ibu.."
Ibu ketawa dalam tangisnya. "Ayah dah cuba yang terbaik tapi Johari tak dapat diselamatkan. Ayah kata Johari terlalu kecil untuk tangga setinggi tu. Ibu tak boleh terima, ibu emosi, kami gaduh dan ayah terlepas talak. Masa tu ibu bentan, rasa macam nak meroyan tapi nenek dengan atuk banyak tolong ibu, banyak bagi pesanan. Ibu kuat untuk kakak, ibu sedar ibu masih ada lagi seorang. Masa urusan cerai, ayah cerita… Murni tu nurse tempat ayah kerja. Dia suka ayah sejak ayah belum kahwin. Tapi ayah ada ibu, ayah sayang dengan ibu. Dia bagi ayah guna-guna supaya ayah suka dia, masa tu ibu tengah pantang Johari. Sejak tu ayah nula tak balik malam tapi ibu tahu ayah sibuk kat hospital. Cuma Murni bukan nak hancurkan rumah tangga kami, dia cuma suka sangat dengan ayah. Dia tak tahu macam mana nak pikat ayah, sebab tu dia gunakan bomoh. Tapi dia tak nak kacau rumah tangga ibuu..jadi macam tulah" suara ibu kembali tenang.
"Ibu tahu ke siapa yang bagi surat tu?" aku menyoal dan ibu menggeleng. "Tak tahu siapa, dan tak tahu apa niat sebenar tukang hantar surat tu. ayah sendiri tak tahu siapa yang hantar surat tu.."
Aku melepas nafas. Rasa menyesal pula dia memberi soalan. "Kakak tak tahu nak cakap apa…"
Ibu ketawa. "Tak apa, semua tu tinggal kenangan. Ibu dah move on macam tu juga dengan ayah. Ibu mengaku ibu masih sayang ayah tapi untuk rujuk tak mungkin. Ibu tak marah ayah curang, sebab Murni sendiri datang minta maaf mengaku tu semua salah dia. Jadi ibu tahu ayah tak pernah terfikir nak curang. Tapi ibu tak tahu apa berlaku dekat atas tu sampai Johari boleh jatuh tergolek macam tu.." air mata ibu bertakung kembali.
"Ibu, kakak minta maaf sebab tanya macam tu…"
"Kakak ada hak nak tahu, dan ibu pun tak fikir nak rahsiakan untuk selamanya. Baguslah kakak tanya sebab ibu tak payah cari masa nak cerita".
Aku mengangguk memahami. "Lepas tu.. macam mana?"
"Tok wan kakak bawa ayah pergi berubat dan ayah tinggalkan Murni. Murni memang datang minta maaf, tapi dia tak boleh terima ayah tinggalkan dia. Katanya benda tu berbalik pada dia balik. wallahu a'lam. Ayah ada minta rujuk tapi ibu tak nak. Bila ayah tengok ibu tak kahwin-kahwin, ayah pujuk lagi. Tapi semua tu tinggal kenangan kakak. Ibu maafkan ayah, tapi ibu tak boleh balik pada kehidupan tu..jadi macam nilah, ibu pun tak ada rasa nak kahwin lagi. Ibu cuma nak besarkan kakak sampai kakak jadi macam sekarang, dan besarkan perniagaan ibu sampai ibu boleh hantar atuk nenek pergi haji. Dah tercapai pun…" ibu senyum bahagia.
Aku mengangguk. Tapi masih ada satu persoalan yang bermain di fikiranku. "Tapi bu… kenapa ayah tak kahwin jugak?"
"Entahlah sayang… tapi ayah pernah cakap, seumur hidup ayah cuma ada seorang isteri. Ibu malas nak cakap lebih, itu hak masing-masing. Apa-apa pun, kami tetap kawan".
Aku melepas nafas. Anggukan ku berikan. Pasti ayah masih sayangkan ibu tapi pintu hati ibu sudah tertutup rapat. Bukan buat ayah tapi buat kehidupan berumah tangga. Aku faham, mungkin aku faham. Proses berpantang melahirkan aku sangat rumit rupanya. IBU, pengorbanan ibu besaaaaarnya!
Dalam hidup, akan ada banyak peristiwa yang berlaku. Sedih dan gembira menjadi perencah rasa emosi yang sangat penting. Tapi seperti yang ibu katakan, semuanya tinggal kenangan kerana ia sudah berlalu. Hidup memang tidak selalu indah, tapi yang indah itu akan teeeeetap hidup dalam kenangan.
Aku pasti dalam hati ibu mahu pun ayah, masing-masing adalah kenangan terindah. Yang sangat-sangat indah. Tapi ia tetap kenangan, sudah berlalu dan tidak dapat diulang lagi. Ini dunia realiti, bukannya dunia Doraemon yang masa lalu itu boleh ditukar-tukar.
"Along, berangan!"
Aku mencebik bibir. Sakit hidungku ibu tarik. "Dah, siap sembahyang maghrib cepat. Ayah nak datang lepas isya' kan?"
"Ha ah, ibu…"
"Iya?"
"Kakak sayang ibu…sangat-sangat".
Ibu tersenyum. "Ambil wudhu' jom. Nanti atuk ajak sembahyang belum ambil wudhu lagi.."
Lupa pula aku di kampung. Aku mengejar ibu yang sudah ke depan. Pipi ibu aku cium dan menyelinap ke bilik air. Aku sayang ibu. Aku sayang ayah. Moga ALLAH merahmati kalian berdua. Moga ALLAH memudahkan segalanya untuk kalian.