JULIA – BAB 3

Jam tangan dikerling sekilas.Baru menunjukkan pukul 3.50 petang,dia masih punya masa singgah sebentar di bank sebelum masuknya waktu asar.Langkah kakinya bergegas menuju ke proton Iswara milik Has.
“Boleh singgah bank kejap tak?”Julia menyoal sambil menarik tali pinggang keledar.
Has mengangguk dengan senyuman.Dan proton Iswara itu meluncur laju ke bank yang berdekatan.
“Tahu kan semalam abang dah balik Penang?”Has membuka cerita.
Julia menoleh memandang Has,”Abang Hakim dah balik Penang?”
Has mengangguk,”Sedihlah tu,abang tak cakap apa-apa”.
Julia mencebik.Abang Hakim sudah balik Penang?Nampaknya lagi tiga bulan barulah dia boleh menatap wajah itu semula.
“Sedih ke?”
“Merapu,”Julia mencubit lengan Has,”Lagi tiga bulan baru dia balik KL balik kan?”
“Yelah Cik Ju.Dia dah last year and last semester la,don’t worry lepas ni boleh tatap muka abang Hakim awak tu sampai naik bosan muntah hijau”Has ketawa sendiri.
“Geli,siapa nak muntah hijau”,dalam diam Julia tersenyum.
“Abang ada tinggalkan pesan…”sengaja Has melambatkan kata-katanya,mahu melihat reaksi Julia.
Julia memekakkan telinga,tahu sangat temannya itu mahu menyakat.Kalau tidak menyakat sehari memang tidak tenang.Tunggulah giliran Has jatuh cinta,dia akan membalas habis-habisan.
“Tak nak dengar ke?”
“Cakaplah,abang Hakim pesan apa?”Julia memandang Has yang masih lagi memandu.
Has sengih,”Dah sampai bank!”
Julia mencebik,Has menggeleng dan berkata”Tadi orang nak cakap jual mahal,turun dulu.Dah sampai ni,nanti dah masuk asar”.
“Tunggu tau”Julia langsung turun dari kereta.

*……………….*

Salim duduk bersandar di dalam van hitam itu.Fon kepala terletak kemas di kepalanya sambil matanya menatap komputer riba yang terletak di hadapan.Begitu juga dengan Nizam di sebelahnya.
Nizam baru faham mengapa bos beria-ia meminta dia berurusan dengan En.Indra tentang peranti dan kamera.Rupanya dia mahu melihat operasi kali ini secara terang dan nyata.Bukan sekadar dari laporan seperti sebelum ini.
Dan tontonan mereka bermula apabila ahli Helang Hitam menyerbu bank itu.

*…………………*

“Semua jangan bergerak!”
Julia yang baru saja mahu memasukkan kad ke dalam mesin ATM menarik kadnya semula apabila mendengar suara itu.Kadnya langsung disimpan di dalam poket blouse jeans yang dipakainya.
Kepala ditoleh,kelihatan lapan orang lelaki bertopeng berdiri di pintu bank.Enam darinya memegang pistol dan dua lainnya memegang karung hitam.
“Ini adalah rompakan.Siapa yang nak nyawa,masukkan barang berharga dalam karung ni sekarang,siapa yang tak dengar arahan,kami tembak!”
Kelam kabut semua yang berada di dalam bank menanggalkan jam tangan serta barang kemas yang berada di tubuh.Ada juga yang menyerahkan telefon bimbit yang berada di tangan.
Julia yang tersembunyi di kalangan para lelaki dewasa langsung mendail nombor Has yang menggunakan talian kecemasan.Biasanya kalau ada kecemasan dia dan Has akan menggunakan kod nombor ini.Pasti Has tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

*……………*

Has yang sedang khusyuk mendengar lagu dari radio memperlahankan radionya apabila nada panggilannya berbunyi.Skrin telefon bimbit ditatap.
Dahinya berkerut.Mengapa Julia menghubunginya melalui talian kecemasan?Ada sesuatu yang berlaku?
Matanya lantas meneliti keadaan sekeliling.Baru dia perasan di sudut tiga segi bank itu terdapat van hitam yang saling tak tumpah bentuk,rupa dan warnanya.Dan bank yang dimasuki Julia tadi berada di tengahnya.
Apakah berlaku rompakan bank?Malas mahu berteka-teki sekaligus merisaui keadaan Julia di dalam,Has langsung menghubungi pihak polis memaklumkan apa yang dirasakan.

*………………*

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan agar mudah dikawal.Setiap kumpulan dikawal oleh dua orang lelaki berpistol yang masing-masing sibuk mengerah ‘tebusan’ masing-masing menyerahkan semua wang yang berada di dalam beg.Jika tidak membuat penyerahan,maka lelaki berpistol itu akan membawa ‘tebusan’ ke mesin ATM dan mengerahkan ‘tebusan’ mengeluarkan semua wang yang tersimpan di dalam akaun bank.Manakala yang seorang lagi tinggal menjaga ‘kawalan’nya.
Julia diam di tempatnya.Dalam hati hanya mampu berdoa agar semua dipermudahkan mengikut rancangan.Semoga Has sudah menghubungi pihak berkuasa.
Tiba kumpulan Julia yang juga kumpulan terakhir untuk dikerah,lelaki bertopeng itu menghampiri seorang wanita yang berada di hadapan sekali menjadi orang pertama.
“Cepat bergerak!”arah lelaki bertopeng itu.
Wanita itu bangun dari duduknya.Barulah terserlah rupanya ada seorang budak di sisinya.Apabila wanita itu bangun,budak lelaki sekitar empat tahun itu memaut bajunya.
Lelaki bertopeng itu naik marah bila menyedari budak lelaki itu melambatkan pergerakan ibunya lantas tangan budak lelaki itu ditarik,”Kau duduk sini diam-diam!Bukannya mak kau pergi mati pun!!”
Budak lelaki itu mula teresak-esak apabila dimarahi.”Ibu!”dia mula memanggil.
Wanita itu teragak-agak mahu melangkah dek suara tangisan puteranya.
“Ibu!Ibu!!”budak lelaki itu terus terusan memanggil ibunya.
Lelaki bertopeng yang memegang tangan budak lelaki itu mulai naik marah.”Aku kata diam,kau diamlah!”
Budak lelaki itu diam seketika,tapi suara tangisannya makin kuat setelah dipukul lelaki bertopeng itu.Semua yang melihat merasa kasihan tapi tidak boleh melakukan apa-apa,apatah lagi lelaki bertopeng itu memegang pistol.
Julia memandang lelaki bertopeng itu.Dia paling benci orang yang berkasar dengan budak-budak.Baru saja lelaki bertopeng itu mahu mengetuk kepala budak lelaki itu menggunakan pistol yang dipegangnya,Julia langsung berlari menarik budak lelaki itu ke dalam pelukannya.
Lelaki bertopeng itu diam melihat Julia.Begitu juga yang lain.Julia sendiri tidak sangka itu tindakan yang diambilnya.
“Kau dah kenapa?Tak sedar diri tu perempuan ada hati nak jadi hero?”
Julia menahan marah,”Kalau iya pun nak merompak,tak payahlah kasar sangat dengan budak ni.Dia bukan faham apa-apa pun”.
“Wah..terharunya.Kau ni memang..”kata-kata lelaki bertopeng itu tiba-tiba terhenti.
Begitu juga lelaki bertopeng lainnya,semua berhenti melakukan kerja masing-masing.Tiba-tiba seorang dari mereka menjerit,”Bos dah panggil.Balik!”dan dia adalah lelaki yang memarahi budak lelaki itu tadi.
Hilang saja semua lelaki bertopeng itu,barulah muncul pasukan pihak polis.Menenangkan semua yang masih berada dalam ketakutan.Mengambil bukti-bukti yang kelihatan dan tidak kelihatan.Mengambil kenyataan dari kerani-kerani bank juga yang lainnya.
Wanita yang merupakan ibu kepada budak lelaki tadi langsung saja berlari memeluk anaknya yang berada di sisi Julia.
“Terima kasih sebab tolong anak akak tadi.Terima kasih sangat-sangat!”tangan Julia dipegang tanda benar-benar berterima kasih.
“Tak pe.Ju rasa baik akak bawa adik ni pergi hospital.Takut ada luka dalam”.
Wanita itu tersenyum begitu juga anaknya.Sebelum berlalu pergi sempat budak lelaki itu mengucapkan ‘terima kasih kakak’ mengikut ajaran ibunya.
“Ju!”
Julia menoleh.Has berlari ke arahnya seraya memeluk.”Ju ok tak?Has risau separuh mati.Takut sangat kalau ada apa-apa jadi kat Ju”.
Julia tersenyum,”Ju oklah,kenapa cemas sangat ni?”
Has memeluknya lagi,”Dalam dunia ni tiada apa yang boleh dijangka.Has risau sangat,Has takut…”gadis itu mula teresak-esak.
Julia ketawa kecil.Disebabkan Has dimanja dari kecil dia mudah menangis sekalipun atas hal yang belum tentu kedudukannya.Julia menggeleng-geleng,”Dah.Ju oklah..kita belum solat asar ni”.
Selesai memberikan kenyataan pada pihak polis,Has langsung menghantar Julia pulang ke rumah.Terkejut Julia melihat umi dan abinya setia menanti di luar rumah.
“Apa yang Has cakap ni?”Julia memandang Has di sebelahnya.Kawannya itu hanya tersenyum.
“Tak baik dimarah kawan tu.Alhamdulillah,anak umi tak apa-apa.Risau betul umi bila Has call kasitahu bank yang Ju masuk kena rompak”Anisah memeluk puteri tunggalnya.
Amir mengangguk mengiakan kata-kata isterinya.Mujurlah puteri mereka yang satu-satunya itu tidak apa-apa.
“Dah.Has pun belum solat asar,kan?Boleh masuk solat kat sini,mak cik hidangkan minum petang.”

*………………*

Nizam memandang bosnya.Selang beberapa minit kemudian,bosnya dipandang lagi.Dan dipandang lagi.Tapi bosnya masih sama,berdiam diri di tempatnya.Dengan fon kepala yang belum ditanggalkan sedangkan komputer riba sudah ditutup dari tadi.
Nizam mengerut dahi.Apa yang tidak kena dengan bosnya.Sejak mereka meninggalkan bank tadi,Salim hanya mendiamkan diri.Sedangkan menurut Nizam,operasi kali ini benar-benar berjaya atas alatan-alatan yang disediakan En.Indra.
“Bos”panggil Nizam tapi Salim diam,tidak menjawab.
“Bos!”panggilnya lagi.Kali ini tubuh Salim digerakkan.
Salim menoleh memandang Nizam.Tapi dia tidak menjawab apa-apa.
“Bos ok ke?”
Salim mengangguk.Dia tidak apa-apa.Dia benar-benar tidak apa-apa.Cuma…sedari tadi dia terbayang gadis itu.
Ya,gadis itu.Siapa gadis itu sebenarnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s