JULIA – BAB 27

Dahinya berkerut menahan perasaan yang bercampur baur.Marah , geram , sakit hati , hairan , pelik .dan apa sajalah perasaan yang boleh dirasa.Luqman tidak mengerti.
Selepas mendengar suara lelaki tadi,panggilan langsung dimatikan dari talian sana.Berkali-kali dia cuba menghubungi semula namun hanyalah suara operator yang dia dengar.Memberi alasan itu dan ini.
Tangan kiri menggenggam penumbuk.Manakala tangan kanan masih memegang telefon bimbit.Nombor Julia dihubungi lagi.Keputusannya masih sama.Tiada jawapan.Hanya operator.
Kali ini dia menulis mesej pula.Mesej teks tidak boleh dihantar kerana telefon tidak hidup.Luqman menahan geram.Bagaimana dia harus menelefon nombor itu kembali..?
Whats app nya juga dihantar tapi belum diterima.Begitu juga Line yang dihantar.Luqman mengeluh.Sudah tahu telefon bimbit Julia dimatikan , mengapa dia harus menelefon lagi?
“Lia….” Luqman berbaring di atas katil.
‘Sekali lagi kau telefon Julia,kau mati’.
‘Sekali lagi kau telefon Julia,kau mati’,
Luqman bangun dari baringnya.Suara tadi terngiang-ngiang dalam fikiran.Suara itu..mengapa dirasakan suara itu seperti pernah didengari.Tapi siapa? Di mana?
‘Sekali lagi kau telefon Julia,kau mati’.
Suara siapa? Suara siapa?
“Abang!” suara Has yang muncul entah dari mana mengganggu tumpuannya.
Has berlari anak dan duduk di sisi Luqman.Paha Luqman ditampar perlahan.
“Kenapa?” Luqman menyoal,tidak kena masa betul.
Has sengih.Telefon bimbit Luqman di tangan dirampas.”Abang call Ju ke?”
“Erm…”
Has memandang,”Dapat ke?”
Luqman menggeleng.Fikirnya dia mahu menceritakan soal suara tadi pada Has,tapi niat dibatalkan setelah beberapa kali berfikir.
Has diam.Julia…di mana dia? Dia juga sering menelefon tapi tidak pernah diangkat atau dimatikan.Selalunya telefon bimbit itu dibiarkan berdering hingga ke peti suara.
“Abang tahu tak yang papa dengan Salim pergi Indonesia sama-sama?” Has menyoal.
Menyampaikan maklumat yang baru diberi mama dalam bentuk soalan.
Luqman memandang Has dengan kerutan dahi.Salim? Salim Nu’man dari Sa-Nu?
“Abang dengar tak Has tanya ni?” Has menyoal sambil tangan masih memegang skrin sentuh telefon bimbit abangnya.
Luqman diam berfikir.Hanya pandangan dituju pada Has,tapi otak masih berfikir.Suara itu…Salim Nu’man.Suara itu dimainkan kembali dalam fikiran.
Suara Salim yang pernah didengari juga turut bermain dalam fikiran.Dahinya berkerut.
“Abang…” Has membeliakkan mata,memanggil Luqman yang sepertinya berada di alam lain.
Orang yang sama! Dia pasti.Suara itu dari orang yang sama.Suara tadi adalah suara Salim.Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.Petunjuk telah ditemukan!
“Abang..” Has memanggil lagi.
Luqman langsung memeluk Has seeratnya.Berterima kasih atas maklumat yang diberikan.
“Abang ni kenapa.?” Has menyoal di dalam pelukan.Namun bukan jawapan yang diterima sebaliknya pelukan yang lebih erat lagi.

*……………….*

Hatinya lega sedikit setelah membaca alQuran.Dia tersenyum dan menutup kitab suci alQuran.
“Sadaqallahul ‘adzim…” Julia bangun dari duduknya dan menyimpan alQuran dalam almari.Telekung ditanggalkan dan dilipat.Tudung bawal berwarna hijau kebiruan yang tersangkut disarung ke kepala.
Julia duduk di atas katil.Diam.Matanya terpejam.Dan air mata menitis lagi.Kata-kata Salim tadi terngiang-ngiang di telinga.
‘Saya takkan lepaskan awak’.
Julia menarik nafas.Sedalam mungkin.Esakan mula kedengaran namun ia berhenti apabila pintu terbuka.Troli makanannya masuk sambil ditolak mak cik Nafisah.
Faiz masuk dan menutup pintu.Dia membantu mak cik Nafisah menghidang.Julia mengesat air matanya.Langkahnya perlahan menuju ke arah mereka.
“Mak cik…”panggil Julia dengan suara seraknya.
Nafisah dan Faiz yang sudah selesai menghidang memandang sesama sendiri dan memandang Julia.Julia memejam mata,mengetap bibir cuba menahan air mata yang tidak mahu berhenti.
Julia melangkah perlahan dan mengambil tangan Nafisah.Troli makanan ditolak ke tepi.”Mak cik boleh temankan saya?”
Nafisah memandang.Mengangguk tidak menggeleng pun tidak.Matanya redup memandang wajah cik muda.Pasti bergaduh dengan bos lagi.
Faiz diam memandang.Troli yang ditolak cik muda diambil dan diletakkan di tepi.Tadi bos keluar dari bilik dalam keadaan yang sangat marah.Dia memang ada terdengar suara pergaduhan antara cik muda dan bos.Tapi hal bos lebih baik jangan masuk campur.
Julia memandang Faiz.”Faiz boleh tunggu luar,kan?”
Faiz mengukirkan senyuman.Anggukan diberikan dan dia meminta diri.Pasti cik muda mahu bersendirian.Keberadaan mak cik Nafisah barangkali akan membantunya.
Nafisah menarik tangan Julia dan mendudukkannya di atas sofa.Dia mengambil tempat di bawah dan memegang lutut gadis itu.
Julia menggeleng-geleng.Mana boleh begini.Mak cik Nafisah lebih tua darinya jadi dia harus berada di atas.
“Mak cik..naik atas.Kita sama-sama kat atas” Julia menarik tubuh Nafisah.Dia tahu jika dia mahu duduk di bawah pasti mak cik Nafisah membantah.Jadi sebaiknya mereka berdua di atas.
Nafisah bangun dan duduk di sisi Julia.Julia mengetap bibir.Memandang mak cik Nafisah dengan linangan air mata.
“Mak cik tahu saya gaduh dengan Salim?”
Nafisah mengangguk.Dan senyuman diberikan.Apa lagi yang boleh membuatkan bos semarah itu?
Tubuh mak cik Nafisah dipeluk seerat mungkin dan Julia melepaskan tangisan yang tertahan.Menghamburkan semua rasa hati.Walaupun mak cik Nafisah tidak dapat mengeluarkan kata-kata tapi Julia tahu mak cik Nafisah boleh menenangkannya.
Mata dipejam lagi.Tapi air mata tetap tidak berhenti.Julia tersedu-sedan dalam pelukan mak cik Nafisah.
Dia rindukan umi.Umi yang akan menyambutnya tiap kepulangannya.Umi yang mengusap kepala bila dia sakit.Umi yang mengesat air mata ketika dia bersedih.
Memikirkan umi,air mata Julia menitis lebih laju.Nafas cuba ditarik tapi yang jadinya menangis lebih kuat.
Nafisah mengusap belakang Julia lembut.Membiarkan Julia menangis seperti anak kecil yang mahukan gula-gula.Dia hanya boleh menenangkan melalui tindakan.
‘Cik muda….’

*………………….*

BMW nya dipandu hingga ke syarikat.Dia mahu menemui papa.Mungkin itu akan membuka peluangnya untuk bertemu dengan Salim.Dia mahu memastikan apakah suara tempoh hari adalah suara Salim.
Awalnya dia fikir mahu memberitahu perkara itu pada pihak polis.Tapi niatnya dibatalkan.Lebih ramai yang tahu,akan lebih tak selamat lagi.Lagipun Luqman merasakan lebih baik hanya dia seorang yang tahu.
Jadi rancangan menyelamatkan Julia boleh disusun rapi mengikut kehendaknya.Dia tidak perlu meminta persetujuan dari sesiapa.Namun,dia tetap harus mendapatkan pertolongan dari orang lain.
Luqman menuju ke pejabat papa.Mujur suara tempoh hari telah dirakam semasa dia menghubungi nombor Julia.Jadi suara itu boleh dibandingkan dengan suara Salim yang didengar depan-depan.
“Assalamualaikum” Luqman memberi salam
Dato’ Norman ketawa kecil memandang putera sulungnya.Apa yang tidak kena? Mengapa anaknya itu tiba-tiba datang ke pejabat? Selalunya mahu diajak pun cukup payah.
“Kenapa abang tiba-tiba datang ni?” Dato’ Norman memandang Luqman yang mengambil tempat di hadapannya.
“Erm..papa ada nak jumpa Salim ke?” Luqman terus pada tujuannya.
“Salim?”
Luqman mengangguk,”En.Salim dari Sa-Nu”.
Dato’ Norman mengangguk-angguk.Pasti ada yang tak kena denga Luqman.Tiba-tiba bertanyakan soal Salim.
“Kenapa tiba-tiba ni?”
Luqman diam.Senyum menampakkan gigi.Dato’ Norman mengerutkan dahi.Cara-cara Luqman mahu mengelak dari disoal.Saat itu,telekomnya berdering.Setiausahanya memberi tahu akan kedatangan Salim.Mereka harus membincangkan soal stok yang dilihat bersama di Indonesia tempoh hari.
Luqman melihat Dato’ Norman bangun dari kerusi.Pintu pejabat terbuka.Salim masuk bersama Nizam selepas setiausaha papa.Spontan Luqman berdiri dan mendekat.Nampaknya nasib benar-benar menyebelahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s