DILARANG NIKAHI AKU – 19

“Beel tak nak! Beel tak nak!”
Puan Sri Normah maju ke arah Beel dan Beel mengundur. Puan Sri Normah maju dan Beel mengundur lagi.
Puan Sri Normah menarik nafas. Senyum diberi buat Hazan dan Zamri yang masih berada di biliknya. “Hazan, Zamri boleh keluar dulu?”
Hazan melepas nafas. “Saya pun nak kena jelaskan pada Haikal”.
Puan Sri Normah tersenyum dan Hazan mengangkat kaki. Zamri memandang anak saudara kesayangannya itu. “Beel..”
“Beel tak nak. Kenapa?” Beel sudah bagai hilang akal dengan gelagatnya yang asyik menggeleng kepala.
“Beel” Zamri memanggil lembut.
Beel melangkah pada Zamri dan duduk di sisinya. “Pak long, Beel tak faham. Kalau Kak Su tak nak, dia lari. Lepas tu batalkan jelah. Cakap dengan tetamu, wartawan segala bagai tu yang pengantin perempuan lari. Tak boleh ke?”
Zamri tersenyum nipis. Bagaimana dia harus terangkan pada Beel? Bahawa ini adalah wasiat dari datuk Haikal. Bukanlah perkahwinan yang dirancang atas dasar suka sama suka.
“Pak long” Beel memanggil pak longnya.
“Beel, macam mana pak long nak cakap bagi Beel faham, pak long pun tak tahu”.
Beel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kebingungan. “Pak long”.
“Beel tolong pak long kali ni?”
Beel mengerut dahi. “Apa pak long cakap ni? Nak suruh Beel ganti tempat Kak Su? Kenapa tak cakap je yang Kak Su lari? Takkanlah pak long lagi sayangkan nama keluarga dari anak saudara sendiri?”
Puan Sri Normah yang sedari tadi hanya menjadi penonton berdehem. “Zamri, keluar dulu. Biar ibu cakap dengan Beel”.
Zamri memandang Puan Sri Normah. Anggukan diberikan. “Ibu, jangan lama sangat”.
Beel melepas nafas. Kakinya sudah menghentak lantai tanda memprotes. Dia langsung tidak faham situasi ini. Apa yang susahnya bila memberitahu pengantin perempuan melarikan diri?
Kalau pun keluarga mereka menanggung malu kerana menjadi buah mulut orang, ia hanya buat beberapa ketika. Lambat laun mulut orang akan tertutup juga. Tapi mengapa tidak mahu mengambil risiko?
Puan Sri Normah memandang Beel buat beberapa ketika. Kemudian, tangan Beel dicapai dan cucu kesayangannya itu dipimpin ke bilik dalam. Mengambil tempat di katil tidurnya.
Beel memandang opahnya. Tertanya-tanya apa yang bakal opah katakan.
“Nab ..”
Beel memandang kosong. Dia tidak tahu harus memberi respon yang bagaimana kerana dia sendiri tidak tahu apa yang bakal opah utarakan. Yang dia tahu opah akan membicarakan soal situasi sekarang.
Kelam-kabut yang sedang berlaku di bawah. Bagaimana gawatnya suasana di bawah ketika ini kerana pengantin perempuan lari!
Puan Sri Normah mengerut dahi melihat gelagat Beel. Ketawanya terbahak-bahak seperti baru selesai mengenakan orang.
“Beel gelak kenapa?”
Beel memandang opah. Ketawanya terhenti seketika. Dia menggeleng kepala. Dia cuma ketawa … Terbayangkan Haikal menjadi pengantin lelaki yang ditinggalkan. Akhirnya buat sekali dalam hidup, Kak Su melakukan sesuatu sesuai keinginannya. Pengantin kena tinggal? Dan dia tersenyum kambing.
“Beel”.
Beel menarik nafas. “Ok. Opah boleh mula. Tapi Beel tegaskan Beel tak nak kahwin”.
Puan Sri Normah melepas nafas sambil tersenyum. Pipi Beel diusap. “Kenapa Beel tak nak kahwin?”
Beel memandang opah dengan kerutan dahi serta garuan di kepala. “Kenapa opah tanya? Pertama Beel muda lagi. Bukan muda, tapi budak. Beel baru habis sekolah menengah. Beel dengan Fah kita orang dah plan nak masuk Lim Kok Wing tahun depan. Kalau Beel kahwin susahlah. Lagi satu, Beel kena kahwin dengan pak cik longkang tu? Memang Beel tak naklah. Dia tu dahlah tak bertamadun, tak gentlemen, tak berhati perut, tak bertauliah pula tu. Memang bukan orang yang tepat untuk Beel, tak de ciri suami soleh langsung. Beel confirm!”
Puan Sri Normah ketawa mendengar bebelan cucunya. Memang cucunya ini pandai menghiburkan orang lain.
Beel memandang opah dengan wajah hairan. “Kenapa opah gelak?”
“Beel tolong opah boleh?”
“Apa pun boleh, tapi bukan kena kahwin. Opah tahukan, kalau perkahwinan tu … dijalankan tanpa persetujuan pihak wanita, tak sah. Kan tak boleh ada paksaan?”
Puan Sri Normah senyum manis. “Baru opah tahu cucu opah ni taklah cetek ilmu agama”.
Beel senyum menampakkan giginya. Puan Sri Normah menarik nafas sedalam mungkin. “Sebab tulah, opah nak pujuk Beel. Supaya perkahwinan hari ini terjadi dengan kerelaan pengantin perempuan”.
Beel mengerutkan dahi. “Opah pun sama macam pak long?”
“Nab ..”
“Tak nak. Beel tak nak. Beel T.A.K. N.A.K. Tak nak”.
“Nab” panggil Puan Sri Normah lagi. Suaranya dilembutkan.
Beel mengerut dahi dan melepas nafas. “Beel tak faham. Cakap dengan tetamu kat bawah tu, yang Kak Su lari. Atau Kak Su hilang. Tak boleh ke? Apa susah sangat. Setakat dapat malu, apa kisah? Takkan opah lagi sayangkan nama keluarga dari cucu opah sendiri?”
Puan Sri Normah diam seketika. “Bukan macam tu sayang”.
“Habis?”
Puan Sri Normah diam seketika. “Ni wasiat terakhir dari datuk Haikal. Kawan baik wan Beel”.
Beel diam. Namun hanya sesaat. Dia masih punya banyak hujah untuk menghalang pernikahan diantaranya dan Haikal terjadi. “Habis apa masalahnya? Kita tak tahu lagi Kak Su lari ke hilang. Mana tahu kalau dia ada masalah apa-apa. Tangguhkan, nanti dia balik rancang balik semuanya. Tak susahkan?”
“Tetamu kat bawah tu?”
“Cakaplah ada masalah”.
“Wartawan?”
“Samalah. Ada masalah”.
“Keluarga Haikal?”
Beel diam. Memandang opahnya. Keluarga Haikal yang sentiasa sibuk itu turun dari Kuwait ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan Haikal.
“Kenapa Beel diam?”
“Haikal kan boleh terangkan kat family dia. Apa susah?”
Puan Sri Normah memandang Beel. “Beel nak tahu apa wasiat tu tulis?”
Beel diam. Kalau opah ingin beritahu, sudah tentu dia ingin tahu. Dia diam menanti kata-kata Puan Sri Normah.
“Haikal kena kahwin dengan cucu keluarga opah”.
Beel mengerut dahi. “Tu je?”
Puan Sri Normah mengangguk. “Dia tak tulis kena kahwin dengan Su ataupun Beel. Yang pilih Su untuk Haikal adalah opah dengan pak cik Hazan. Sebab Su yang dewasa, umur dia sesuai. Tapi sekarang ..”
“Kalau opah dah pilih Kak Su, kita tunggulah Kak Su balik. Ok?” Beel memotong kata-kata Puan Sri Normah.
“Nab, tolong opah kali ni. Boleh kan?”
“Opah. Kita ni orang Islam. Kenapa buat benda tak logik macam ni. Agama ni ada hukum-hakam kan?”
Puan Sri Normah memandang Beel. Terhibur hatinya bila Beel akhirnya berbicara seperti orang dewasa. “Apa yang tak kena dengan hukum?”
Beel diam. Nafas dilepas. Puan Sri Normah memandang Beel. Kali ini, lengan Beel ditarik hingga Beel duduk bersamanya di atas katil. Tidak seperti tadi, seorang di atas seorang di bawah.
Sejujurnya kata-kata Beel benar. Bukanlah masalah besar jika memberitahu semua tetamu bahawa pengantin perempuan menghilangkan diri. Mengapa perkahwinan ini tetap mahu diteruskan?
“Tapi Kak Su lari kali ni, dah membuktikan yang Kak Su tak nak kahwin dengan Haikal kan? So, lambat atau cepat Beel tetap kena kahwin dengan dia”.
Puan Sri Normah memandang. “Tapi, mana Beel tahu Suraya lari?”
“Malam semalam Kak Su jumpa Beel dulu. Dah lewat malam dia ketuk pintu bilik. Kalau dia hilang, selojiknya waktu siangkan? Takkanlah malam-malam dia boleh hilang? Ada orang culik dia? Kenapa tak kecoh pun? Kat luar tu opah letak pengawal. Rumah Pak Lan pun kat depan. Nak keluar pagar lalu rumah Pak Lan dulu. Tapi Pak Lan pun tak cakap apa-apa. Maksudnya dia keluar sendiri. Kira dia larilah tu”.
Puan Sri Normah diam lagi. Kata-kata Beel benar lagi. “Beel setuju nak kahwin hari ni?”
“Tak”.
“Beel tak setuju?”
“Beel tak setuju hari ni dan sampai bila-bila”.
Puan Sri Normah memandang Beel dengan mata redupnya. “Beel sayang opahkan? Beel kahwin hari ni ya?”
“Opah!”
“Kalau opah dah tak de, opah yakin Haikal boleh jagakan Beel”.
Air mata Beel tiba-tiba menitis mendengar kata-kata opah. Tidak boleh! Perkara yang paling dia takutkan adalah kematian opahnya. Tidak boleh! “Apa opah cakap ni?”
“Nabilah Anisah, opah dah tua. Kematian tu datang tak kira masa, tapi ia makin mendekat dengan orang yang dah lama hidup. Dengan orang tua. Kalau opah dah tak de nanti …”
Beel memeluk Puan Sri Normah hingga dia terdiam. “Beel tak suka dengar opah cakap macam ni. Nanti Kak Putih balik, dia boleh jaga Beel. Sampai bila-bila”.
“Kalau Putih kahwin?”
Beel diam. Puan Sri Normah menolak tubuh Beel perlahan. “Beel kahwin dengan Haikal bukan sebab paksaan. Tapi sebab Beel sayangkan opah. Sebab Beel nak legakan hati opah yang selalu risau bila opah dah tiada nanti siapa yang nak jaga Beel. Kan?”
Beel memejam matanya. Esakannya makin kedengaran. Akhirnya dia melepas tangis. Menangis teresak-esak bagai kanak-kanak. Tubuh opah dipeluk seeratnya.
“Beel setuju. Beel kahwin dengan Haikal sebab opah. Opah jangan cakap fasal mati dah lepas ni. Beel tak suka. Beel setuju. Beel setuju”.

#########

Mulut mencebik melihat alatan yang terdapat di dalam beg itu. Badannya membuat gaya sotong tanda geli. Laju kepalanya menggeleng.
“Beel”.
“Tak nak Fah. Aku gelilah”.
Mak andam yang menanti memandang Fah dan pembantu butik yang berada di dalam bilik Beel. Fah melepas nafas.
“Duduk”.
Beel menggeleng. Fah memejam mata, keletihan. Tangan Beel ditarik dan Beel didudukkan. “Kenalah make-up, nak jadi pengantin apa kalau tak make-up?”
“Pakai bedak dahlah. Tu benda apa? Meremang bulu roma aku”.
Fah meluku kepala Beel geram. “Kau jangan nak mengada. Kau yang setuju nak kahwin”.
“Aku setuju nak kahwin. Bukan pakai benda-benda alah tu”.
Fah memandang mak andam. “Tak pe akak. Akak make-up je. Dia ni tak banyak bunyi pun”.
Beel memandang Fah. “Ni muka aku ke muka kau?”
“Jangan nak buang masa. Dah lenguh kaki tetamu tunggu pengantin perempuan. Kau jangan buat aku marah boleh?”
Beel mencebik. Tangannya menepis tangan mak andam yang sibuk menepek bedak compact pada wajahnya. Dan pastinya Fah berfungsi sebagai emak tirinya ketika ini.

##########

Safwan tergamam melihat Beel berjalan menuruni tangga diiringi Fah. Mengapa Beel yang memakai pakaian pengantin? Apa yang terjadi sebenarnya?
Terdengar bisik-bisik di belakang juga hadapan. Tentang betapa cantiknya Suraya cucu Puan Sri Normah. Safwan melepas nafas.
Memanglah. Hampir kesemua tetamu tidak tahu bagaimana wajah Suraya. Mereka hanya tahu nama yang tertulis pada kad kahwin adalah Suraya. Jadi pengantin hari ini adalah Suraya.
Wartawan juga tidak tahu siapa Suraya siapa Nabilah. Nampaknya pasti ramai yang terkejut saat Haikal melafaz akad nanti. Manakan tidak, nama pengantinnya adalah Nabilah bukan Suraya.

#########

“Kau ok ke?”
Haikal memandang Syakir di belakangnya. “Ok tak ok bukan masalah sekarang. Terpaksalah”.
Syakir menepuk bahu Haikal perlahan. “Tapi Beel comelkan hari ini?”
Haikal mencebik. Beel tidak pernah kelihatan comel pada matanya. Hanya satu pandangannya pada Beel. Menjengkelkan.
“Su ni pun satu, buat hal tak kena tempat. Kalau tak nak cakap tak nak tak boleh ke. Nak menyusahkan orang pula. Perempuan memang semua macam tu ke?”
Syakir diam sesaat dua. “Nab tak macam tu”.
Haikal diam membisu. Mendengar nama Nab, membayangkan wajah kesayangannya itu pasti akan membuatkan dia menitiskan air mata.
“En.Haikal”.
Haikal memandang tok kadi dihadapannya.
“Boleh kita mulakan?”
Haikal tersenyum dan mengangguk. Nafas ditarik, mata dipejam seketika. Nampaknya selepas ini bermulalah kehidupannya yang berstatuskan suami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s