Demi Syaqiqah – P55

“Assalamualaikum cik abang. Bila kau nak pulangkan adik aku ni?”

“Waalaikumussalam. Apa kau cakap ni Dian?”

Dian mula tidak sedap hati mendengarkan kata-kata Adib yang kelihatannya seperti tidak tahu apa-apa. “Apa apa? Adik aku ada dengan kau kan?”

Adib mengerutkan dahi. Telefon pintarnya dialih dari telinga dan dipandang. “Biar betul minah ni”.

“Kenapa?” Harraz yang sedang memandu menyoal.

Adib mengangkat bahu. Lantas pembesar suara diaktifkan agar Harraz sama-sama mendengarnya.

“Kau ada lagi tak?”

“Ada ni. Kenapa?”

“Kau keluar dengan Iqah kan?”

Adib mengerutkan dahi. Mendengar pertanyaan Dian membuatkan dia tidak sedap hati tiba-tiba. “Tak ada. Aku dah cakap dengan Iqah semalam yang hari ni aku ada kerja kat Perlis”.

“Kau ada kat utara? Habis Iqah mana?” suara Dian meninggi.

“Bila last awak nampak Iqah?”

Dian terdiam mendengar suara itu. Harraz bersama Adib? Jika Harraz menyampuk, ertinya Adib mengaktifkan mod pembesar suara?

“Dian, Dian” Harraz memanggil.

Melihat Dian di talian sunyi sepi, Adib meluku kepala Harraz kegeraman. Dia meletakkan jari di bibir meminta temannya itu men’jahit’ mulutnya. “Dian, ada lagi tak?”

Mendengar suara Adib, Dian langsung menyahut. “Ya ada. Tadi tengah hari Iqah tidur. Aku tengah siapkan assignment. Bila aku bangun, Iqah dah tak ada dalam bilik dan rumah ni. Aku call tak angkat, bila aku mesej dia cakap dia keluar dengan kau” panjang lebar Dian bercerita.

“Tak ada. Memang tak ada Iqah dengan aku. Kau memang tak tahu ke Iqah pergi mana?”

Dian mengetap bibir. Geram benar dengan soalan bodoh yang disoal Adib. “Kalau aku tahu, kau ingat aku nak ke tanya kau? Mana Iqah ni..?”

Adib melepas nafas. “Aku ke KL sekarang. Kau tunggu aku, kita cari Iqah sama-sama”.

 

########

 

Amy memandang Syaqiqah yang masih lena. Kamera yang sudah pun dihidupkan diletak kemas di suatu sudut yang pastinya dapat merakam semua kejadian yang berlaku di atas katil.

“Cik Amy”.

Amy memandang sang empunya suara. Dia melemparkan senyum sinis pada Fatah yang baru melangkah masuk. “Silakan”.

Fatah yang berkepala botak dan berparut di dahi itu mengangguk dengan wajah tanpa secalit senyuman. “Ada apa yang boleh saya buat?”

Amy mengangguk. Jari telunjuknya ditunjuk pada Syaqiqah, masih setia lena dalam ‘pengsan’nya. Fatah menurut, dia mendekati Syaqiqah dan menanti di tepi katil.

“Sit” Amy memberi arahan. “Riba kepala minah tu”.

Fatah menurut. Sekilas senyuman terukir sesaat pada wajah melihat kecantikan gadis yang menjadi ‘mangsa’ Amy ini.

 

#########

 

Saat Adib dan Harraz tiba di apartment Dian, gadis itu sudah pun menangis hingga bengkak matanya. Harraz yang melihat tegas mengawal diri melihat Dian. Ikutkan sebelum ini, sudah lama gadis itu menjadi mangsa pelukannya. Iyalah menangis teruk begitu,siapa yang tidak kasihan?

“Macam mana ni Adib..?” Dian menyoal Adib yang masih lagi berfikir.

Adib menggeleng kepalanya. Nafas dilepas berat. “Aku nak cari, tapi aku pun tak tahu nak mula dari mana. Nak buat report tak boleh. Belum 24 hours polis tak nak terima report hilang. Lagi pun Iqah dah besar panjang”.

Harraz hanya memandang dua manusia itu berbual di kusyen sedang dia berdiri tegak di belakang kusyen yang diduduki Adib. Tidak mahu perhatian Dian terganggu dengan keberadaannya.

“Adik aku tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Aku pun tak boleh nak fikir Iqah hilang pergi mana?” Dian masih lagi teresak-esak dalam tangisannya. Memikirkan bahaya yang mungkin akan menimpa Syaqiqah membuatkan Dian makin teresak-esak. Sudahlah adiknya itu tidak boleh bercakap, kalau bercakap pun suaranya lebih perlahan dari bunyi angin. Bagaimana dia mahu menjerit meminta tolong jika diri sendiri ditimpa kesusahan?

Adib menarik dan menghembus nafas. Di mana Adibahnya saat ini? Mengapa keluar tanpa memberitahu? Dan siapa pula yang menghantar pesanan mengatakan Syaqiqah keluar dengannya?

Harraz tidak henti berdoa di dalam hati. Dia sendiri tidak punya cara untuk membantu. Melihat Dian menangis membuatkan dia lebih sakit hati dengan dirinya yang tidak dapat membantu keadaan.

Bunyi telefon Dian yang berdering mengalih suasana. Dian membulatkan mata membaca nama pemanggil. “Ibu aku call.. Ibu aku call. Nak buat apa ni? Nak buat macam mana ni?”

Adib menarik nafas sedalamnya. “Angkatlah.. jawab call tu”.

Dian menggeleng. “Nak cakap apa?”

Harraz maju ke depan. Dia tahu saat ini otak Dian terlalu bingung hingga tidak boleh berfikir. “Awak pergi basuh muka. Call ibu awak balik, cakap awak masuk bilik air tadi”.

Dian menganggukkan kepala. Dia bergegas bangun dan menuju ke dapur. Wajah dibasuh hingga dirasakan suaranya tidak lagi sengau dek tangisan. Air putih diteguk segelas dan dia mengambil telefon pintar yang berada di pegangan Harraz.

“Assalamualaikum ibu” Dian cuba mengawal suara.

“Waalaikumussalam. Akak…” tenang suara Hannan berbunyi.

“Sorry ibu.. akak masuk toilet tadi. Ada apa ibu call tengah malam ni?” Dian menyoal sambil menjeling jam dinding yang menunjukkan tepat jam 12.00 malam.

Hannan melepas nafas. “Tak adalah. Ibu tak sedap hati ni.. nak tidur pun tak boleh tidur.. Akak ok?”

Mendengar kata-kata Hannan, membuatkan air mata Dian hampir merembes keluar. Namun Harraz di hadapan membuat muka agar Dian menahan tangisannya. Matanya dibulatkan bersama ketapan bibir agar Dian tidak menangis semula.

Dian mengelipkan mata berkali-kali agar air matanya tidak merembes. “Alhamdulillah. Akak ok”.

“Adik? Adik ok? Ibu call adik tak dapat ni” Hannan menyuarakan kerisauannya.

“Adik…” Dian memandang Harraz. Harraz lantas menemukan dua tapak tangannya dan meletakkannya di sisi wajah, membuatkan gaya tidur. Dian mengangguk, “Adik.. adik tengah tidur.. Tu yang dia tak angkat ibu call. Hari ni adik sibuk siapkan tugasan yang prof bagi..”

“Oh.. tidur matilah agaknya tu..”

“Ya ibu”.

Hannan mengerutkan dahi. Selalunya jika Syaqiqah sudah tidur, pasti Dian akan turut masuk tidur. Tapi mengapa anak gadis sulungnya itu masih berjaga? “Adik dah tidur, akak belum tidur?”

“Akak belum tidur sebab…” sekali lagi Dian memandang Harraz. Bengang betul dia denga. dirinya saat ini, mengapa langsung tidak boleh berfikir apa-apa?

Harraz memegang perut. Perutnya diusap berpusing dan gaya makan dibuat. Bibirnya berkata ‘Lapar’. Dian mengangguk lagi. “Akak lapar.. Jadi akak bangun sebab nak makan..”

Hannan melepas nafas lega. “Alhamdulillah kalau anak-anak ibu sihat. Hujung minggu ni balik Melaka tau. Ibu cemas pula..”

“InsyaAllah ibu..”

“Oklah. Makan lewat malam jangan banyak sangat, nanti gemuk. Esok kalau adik dah bangun, minta adik call ibu. Assalamualaikum sayang…”

Dian melepas nafas lega bila Hannan mematikan panggilan. “Waalaikumussalam.”

Harraz turut melepas nafas lega. Dian yang memandangnya dengan senyum hambar dipandang. Dia membalas senyuman itu dengan senyuman hambar juga.

“Aku tahu!!”

Jeritan Adib membuatkan Dian dan Harraz sama-sama memandang. Adib memandang. “Iqah tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Iqah tak pernah sakitkan hati sesiapa kecuali… Amy”.

Harraz terdiam, Dian terpempan. Amy?

 

##########

 

“Good” Amy tersenyum melihat kepala Syaqiqah berada di atas ribaan lengan Fatah.

Kamera yang berada di tangan mengasilkan bunyi ‘klik’ beberapa kali. Namun melihat gambar itu membuatkan Amy merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Fatah dan Syaqiqah dipandang.

“Baju, buka baju kau tu” Amy mengarah.

Fatah mengangguk. Kot kulitnya ditanggalkan dan memperlihatkan tubuh yang dipenuhi tatu berwarna hijau merah.

Amy mengangguk. “Buat balik pose tadi. Tapi kali ni kau peluk dia rapat sikit” Amy memberi arahan lagak seorang jurukamera.

Fatah berbaring. Namun lebih rapat. Tubuh Syaqiqah dipelum erat dan wajahnya menatap wajah itu.

Dan Amy menjalankan tugasnya. Sesekali dia mengukir senyum melihat peluh yang menitik keluar dari tubuh Fatah. “Kau jangan risau. Dah habis kerja aku, aku tinggal dia kat kau. Kau boleh buat apa yang kau nak, dan…” Amy yang memandang skrin kamera memandang Fatah dengan senyum sengetnya. “Dan kalau kau boleh buat dia mengandungkan anak kau.. aku akan bagi habuan tiga kali ganda dari gaji kau sebulan”.

Fatah sudah tersenyum-senyum mendengar ‘durian runtuh’ yang diberikan Amy. Bibirnya rakus mencium pipi mulus milik Syaqiqah. Saat itu, Syaqiqah tersedar.

Syaqiqah mengerut dahi merasakan dirinya dihimpit. Saat memandang wajah menakutkan itu, tubuh itu ditendang sekuat hatinya. Air matanya merembes keluar menyedari dia berada di atas katil bersama lelaki yang sudah pun jatuh dari katil itu.

Tangisannya bertambah lebat bila menyedari kepalanya tidak bertutup dan tubuh hanya tinggal singlet dalamnya. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuh.

Fatah bangun dari jatuh. Selimut yang menutupi tubuh Syaqiqah direntap dan tubuh gadis itu dihimpit. Syaqiqah meronta-ronta dan menolak tubuh Fatah sekuat hati.

“Stop!” Amy bersuara. Langkahnya laju diatur memuju ke katil.

Syaqiqah mengerutkan dahi melihat Amy. Melihat Amy di situ sudah terlalu mengejutkan. Melihat Amy berbaju tanpa lengan bersama skirt ketat paras betis lebih lagi mengejutkan. Tudung di kepalanya juga tiada sama sekali.

“Kau ingat kau tu bagus sangat?” Amy menolak tubuh Syaqiqah hingga dia terbaring di atas katil.

“Abang…” Syaqiqah bersuara perlahan.

“Hah” Amy senyum senget. “Kau dah boleh cakap? Bagus! Kau dengar sini.. Aku benci kau! Dasar perempuan tak tahu malu!” rambut Syaqiqah direntap. Membuatkan Syaqiqah yang sudah basah wajahnya dengan air mata terdongak memandangnya.

“Kak Amy…” Syaqiqah bersuara perlahan.

“Aku bukan kakak kau..! Kau rampas Adib dari aku, tak tahu malu!” wajah itu ditampar membuatkan pipi Syaqiqah berbekas.

Fatah dipandang. “Fatah, sambung”.

Fatah maju ke hadapan. Tubuh itu dihimpit. Namun Syaqiqah bergelut, meronta minta dilepaskan. Dalam hati tidak putus memanjat pertolongan dari Yang Maha Berkuasa.

Fatah geram dengan sikap Syaqiqah membuatkan tangannya automatik menumbuk perut Syaqiqah, membuatkan Syaqiqah pengsan tidak sedarkan diri.

Amy yang sudah bersedia dengan kamera mendengus bila telefon pintarnya menjerit minta diangkat. Mata menatap skrin, nama Adib tertera. Dia mencebik sebelum memandang Fatah. “Fatah, jangan bersuara, jangan buat apa-apa”.

“Yes, En.Adib?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s