Demi Syaqiqah – P56

“Assalamualaikum. Amy kat mana?” lembut suara Adib menyoal, sebolehnya tidak mahu Amy mengesyaki apa-apa.
“Sejak bila Adib ambil kisah? Bukannya tengah sibuk dengan wedding”.
Adib diam seketika. “Adib selalu kisahkan Amy. Mungkin Amy terasa hati dengan kehadiran Iqah tapi…”
“Enough! Amy dah cakap banyak kali.. I hate her! Amy tak nak dengar nama dia!” kali ini Amy menjerit mengamuk, menyebabkan Adib terpaksa menjauhkan telinga dari telefon pintar.
Adib mengaktifkan mod pembesar suara. Biar Dian dan Harraz sama-sama mendengar suara Amy. “Amy kat mana? Adib nak minta maaf, boleh kita jumpa?”
Amy mencebik. Langkah kakinya mendekati Syaqiqah yang terbaring sementara Fatah berada di sebelahnya. Wajah itu dicengkam sekuat hati melepaskan geraman. “It’s too late!”
Adib dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia tiba-tiba terasa tidak sedap hati. “Amy..” dia memanggil lembut, berniat mahu memujuk.
Harraz dan Dian saling berpandangan. Apakah mereka dapat menemukan Syaqiqah sebelum waktunya?
“You dah siap ke?”
Panggilan dimatikan dari talian sebelah sana. Adib memandang Harraz dan Dian. Dia menggeleng kepalanya memberitahu tiada hasilnya menyoal Amy.
Harraz mengerutkan dahi. “Ada orang lain, suara perempuan tadi tu… aku macam pernah dengar”.
Dian dan Adib memandang Harraz. “Pernah dengar?”
Harraz mengangguk. Sambil langkah kakinya menuju pada kusyen dan mengambil tempat di sebelah Adib. Otaknya ligat berfikir soal suara yang dia yakin pernah didengari itu.
Dian melepas nafas. Dipandang Harraz yang masih lagi berfikir. Air matanya menitis lagi. Jam dinding dilihat, sudah jam satu pagi. Bagaimana keadaan adiknya saat ini?
Merasakan tangisannya tidak dapat ditahan, Dian berlari masuk ke bilik. Di kala kebuntuan menguasai ini, hanyalah Tuhan menjadi tempatnya mengadu. Dian masuk ke bilik air dan mengambil wudhu’. Adalah lebih baik dia bermunajat saat ini.
Adib dan Harraz saling berpandangan. Adib melepas nafas. “Kau tak ingat lagi ke suara siapa tu?”
Harraz menggeleng. “Tengah cuba ni…”
“Ya Allah, Kau selamatkanlah tunangku..” Adib tidak putus memanjat doa pada Ilahi. Ya Allah…
Harraz membulatkan mata memandang Adib. “Aku tahu!”
“Siapa?”
“Tu suara Emily”.
“Emily?” Adib menyoal dan Harraz mengangguk yakin.

##########

Wajah yang baru masuk itu dipandang. “You nak apa?”
Emily sedikit terkejut dengan soalan kasar dari Amy namun dia buat selamba. “I nak ajak you keluar. Kita boleh tinggal Fatah dengan minah ni…” Emily memandang Syaqiqah yang masih tidak sedarkan diri.
Amy memandang skrin telefon pintarnya yang sudah gelap. Mujur sempat dia mematikan panggilan tadi. Jika suara Emily dapat didengar, pecahlah rahsianya. “Belum lagi”.
Emily mengerutkan dahi. Fatah dipandang. Pasti lelaki itu sudah tidak sabar mahu ‘membaham’ Syaqiqah yang tersedia di sisinya. “Lama lagi?”
Amy memandang Emily. “Kenapa? Lambat macam mana pun, tak ada orang akan jumpa minah ni… Macam mana pun, minah ni takkan selamat malam ni…” Amy bersuara yakin.
Emily sekadar mengangguk, menyetujui. Akhirnya dia keluar dari bilik itu. Membiarkan Amy meneruskan ‘urusan’nya.
Amy melepas nafas melihat Emily keluar dari bilik. Gambar-gambar yang sudah diambil diperhati satu persatu. “Ok, Fatah. Lagi sikit je ni.. Pose bagi real tau..”
Fatah memandang wajah mulus itu. Cantiknya gadis ini..! Segera wajah itu dicium seupaya mungkin. Selimut yang menutupi tubuh Syaqiqah dialih ke tepi, Amy menguntum senyum bila gambar yang diambilnya semuanya cantik belaka.. persis seperti realiti.
Syaqiqah terjaga. Nafasnya terhimpit dengan wajah lelaki itu yang sangat dekat dengannya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kudratnya yang sememang lemah itu tidak dapat melawan kudrat lelaki botak itu. Ya Allah…
“Ok dah..” Amy yang selesai meneliti gambar memandang ke arah katil. Dia ketawa kecil melihat wajah Syaqiqah yang sudah merah dan basah dengan air mata. Langkahnya maju mendekati katil.
Wajah Syaqiqah dicengkam, dan Fatah menjauh. Membiarkan Amy memperlakukan sepuas hatinya. Keyakinannya begitu kuat bahawa keinginannya untuk memiliki gadis itu akan tercapai malam ini.
“Aku dah bagi kau laki.. bersyukurlah sikit! Asyik nak melawan” wajah gadis itu ditampar. Melihat darah yang mula mengalir dari bibir selepas ditampar beberapa kali, Amy ketawa lagi. Saat ini segala ilmu agamanya yang menjadi pegangan selama ini hancur berkecai. Hanya kepuasan nafsunya yang terlalu bencikan Syaqiqah difikirkan.
“Kak Amy…” Syaqiqah bersuara. Entah mengapa, perkataan itu yang terkeluar dari mulutnya? Apa…
“Bodoh! Aku bukan kakak kau, faham?! Yang kau asyik panggil aku kakak ni kenapa? Dah lembam sangat?” Amy terus memarahi.
Fatah dipandang. “Ok Fatah. Ni hadiah kau.. Aku keluar”. Amy melangkah meninggalkan katil. Dia ketawa sendiri mendengar tangisan Syaqiqah yang makin menjadi. Senyuman makin melebar saat mendengar bunyi pakaian dicarik namun Amy langsung tidak menoleh.
Beberapa langkah sebelum ke pintu, Amy menoleh sekilas. Baru saja ingin membuka pintu, pintu terlebih dahulu dibuka dari luar.
“Amy!!!”
Senyumannya mati. Kamera yang berada di pegangan terlepas dari tangannya. Wajah Adib menyinga muncul di hadapan matanya membuatkan segala urat sarafnya terkejut.
Dian meluru masuk sebaik saja Adib dan Harraz berjaya membuka pintu bilik itu. Mujur saja ada Harraz yang punyai raaamai kenalan di situ. Mulutnya dikatup menggunakan tangan melihat Syaqiqah yang terbaring tidak bermaya di atas katil. “Adik!”
Harraz langsung mencengkam lengan lelaki yang berbaring di sisi Syaqiqah. Awalnya mereka saling bertumbuk antara satu sama lain. Dian yang menyelimuti tubuh Syaqiqah menjeling. Melihat Harraz yang sudah mulai lemah Dian langsung mencapai sebuah pasu kaca dan langsung mengetuk kepala lelaki itu sekuat hati. Membuatkan Fatah terbaring tidak sedarkan diri dengan darah yang mengalir.
“Apa yang Amy buat ni?” Adib memandang wajah itu. Kekecewaan jelas terpancar pada wajahnya.
Dian menggeleng kepalanya. Langsung tidak menyangka ini semua angkara Amy. Sudah terkejut dengan kejadian, Amy yang dilihatnya sekarang juga sangat berlainan dari Amy yang dikenalinya.
“Akak…” Syaqiqah menangis semahunya di dalam pelukan Dian. Dian memeluk Syaqiqah seerat mungkin. Mahu mencari pakaian yang boleh menutup aurat Syaqiqah namun baju dan tudung adiknya itu tidak ditemukan.
Harraz yang melihat langsung membuka baju sejuk berhud yang tersarung pada tubuh. Diserahkan pada Dian agar Dian menyarung pada Syaqiqah. Dian tersenyum memandang Harraz yang memahami. Nampaknya hari ini dia telah banyak berhutang pada Harraz.
“Cakap dengan Adib sekarang.. apa yang Amy buat ni?!” kali ini Adib menengking.
Tengkingan itu membuatkan tubuh Amy terundur ke belakang. Tidak pernah dia melihat Adib semarah ini. “Adib…”
Adib melepas nafas. Syaqiqah yang sudah begitu teruk keadaannya dipandang penuh sayu. “Raz, kau bawa Dian dengan Iqah balik dulu. Nanti aku datang”.
Harraz mengangguk mendengar permintaan Adib. Langsung saja dia membantu memapah Syaqiqah yang sudah tidak mampu berjalan. Mujur saja kelab malam itu sangat meriah dengan lampu berkelip-kelip bersama lagu yang dipasang sangat kuat membuatkan keadaan mereka tidak disedari.
Adib memandang Amy. “Amy tahu tak apa yang Amy buat ni? Amy hantar orang untuk rosakkan Iqah? Amy bukan setakat hilang agama, tapi perikemanusiaan pun dah tak ada. Tahu tak?!”
Berkali ditengking membuatkan Amy yang asalnya berdiam langsung mengalirkan air mata. “Adib marah Amy sebab perempuan tu?”
“Amy!” Adib mengerutkan dahi. Apakah dia yang sebenarnya menyebabkan Amy berubah begini?
“Salah siapa? Adib yang buat Amy dulu.. Adib janji takkan ada orang lain, Adib cakap…”
“Amy! Dah berkali Adib cakap, Adib anggap Amy sebagai adik. Hanya sebagai adik.! Kenapa nak libatkan orang lain?”
“Adib tipu! Adib tipu Amy dulu.. Adib kata..”
“Adib kata Amy cuma adik!” Adib memotong, sekarang dia mengerti. Ini memang salahnya. Kalaulah dari awal dia menjelaskan semuanya pada Amy…
Amy menangis semahunya. “Adib pilih perempuan tu!” dia tetap tidak mahu mengalah.
Adib melepas nafas. “Amy…” langkah kakinya mendekat. Sebolehnya mahu memujuk.
“Amy benci Adib! Amy benci Adib!! Adib kata tak ada siapa boleh ganti tempat Dibah tapi…”
“Dia Adibah, Amy!” Adib memotong. Nafasnya turun naik menangkap nada suara Amy yang sangat tinggi.
Amy mengerutkan dahi. “A.. apa?”
Adib memejam mata. Sudah tiba masanya barangkali. “Amy tak perasan? Atau Amy buat-buat tak perasan? Syaqiqah dengan Adibah orang yang sama…Adibah Syaqiqah Syamran dengan Syaqiqah Sulaiman orang yang sama, Amy..!”
Mendengar kata-kata Adib, Amy langsung rebah terduduk di atas lantai. Air matanya merembes keluar lebat selebat lebatnya. Syaqiqah dengan Adibah orang yang sama?
“Adibah Syaqiqah Syamran. Amy tak ingat?” Adib maju lebih dekat.
“Jangan dekat.. Maksud Adib, selama ni Adib tak pernah berhenti cari Dibah? Adib dah jumpa Dibah…?” Amy menyoal dalam sedunya. Matanya terpejam rapat membiarkan air mata mengalir laju… Pantasan saja, pantas saja Syaqiqah memanggilnya Kak Amy. Bagaimana dia boleh tidak perasan itu? Satu-satunya manusia yang memanggilnya dengan nama itu adalah Adibah!
“Adib fikir Amy akan perasan sendiri. Memang tak ada siapa boleh gantikan Dibah, kenapa Amy nak…?”
“Tipu! Adib tipu Amy lagi kan? Amy benci Adib!” Amy bangun dari duduk dan mula mengamuk.
“Amy! Dibah hidup lagi, dia tak meninggal dalam kemalangan tu!” Adib berusaha meyakinkan.
Amy menggeleng kepalanya berulang kali. “Dibah hidup lagi.. Dibah hidup lagi…” kali ini Amy terus duduk memeluk lutut. Baginya khabar itu sangat-sangat menduka citakan.
“Amy..” Adib jatuh simpati melihat keadaan Amy saat itu.
Amy mengangkat wajah memandang Adib. “Please go.. Leave me alone..”
“Amy..”
Amy menggeleng kepala. “Dibah hidup lagi. Adib pergilah.. Amy dah tak nak tengok muka Adib, Amy dah tak nak tengok muka Adib..!”
Kot yang tersarung pada tubuh dibuka dan disarung pada Amy. “Adib nak Amy yang dulu…” wajah itu dipandang dan dia melangkah ke arah pintu.
Amy menghamburkan tangisan semahunya. Mengapa semuanya jadi begini? Mengapa semuanya jadi begini? Mengapa???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s